0

Arahan terminal; mencari fail/folder

Posted by Alfian Abdul Ghaffar on 23.51

"find" seperti namanya adalah arahan terminal yang digunakan untuk mencari fail atau folder sama ada yang biasa atau luar biasa.

Bagaimana hendak menggunakannya? tanpa banyak bicara, ayuh kita baca caranya:

1) Cara asas mencari fail atau folder
find <path> -name <nama>

contoh:
Code: Select all
find /tmp -name "/tmp/.font-unix"


anda boleh menggunakan expression untuk mencari padanan fail
find <path> -name <expression>

contoh:
Code: Select all
find /tmp -name "*font-unix*"


2) Cara asas mencari item mengikut jenis sama ada fail, folder atau symbolic link dan lain-lain
find <path> -type f -name <nama>

contoh:
Code: Select all
find /tmp -type f -name "*font-unix*"


opsyen "-type" adalah opsyen yang anda perlu unjurkan pada "find" untuk mencari padanan item mengikut jenis, yang pada kebiasaannya kita akan gunakan:

f : untuk fail biasa
d : untuk folder
L : untuk symbolic link

Secara asas, ini sahaja yang akan anda gunakan dalam mencari file atau folder. "find" mempunyai banyak opsyen yang boleh anda gunakan untuk melancarkan proses pencarian anda. Gunakan daya imiginasi anda dan taip arahan "man find" untuk penggunaan yang lebih lanjut.

Sekian sahaja. Terima kasih kerana membaca!

0 Comments

Posting Komentar

Copyright © 2009 Doa, Usaha dan Secercah Harapan All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.